Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Hari Inovasi JPS Negeri Kelantan Tahun 2017

Hari Inovasi peringkat JPS Negeri Kelantan bagi Tahun 2017 dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kerana  ada urusan rasmi jabatan). Sambutan Hari Inovasi JPS Kelantan dihadiri oleh 300 orang terdiri daripada kakitangan JPS Negeri Kelantan, kakitangan JPS Jajahan, kakitangan Unit Pembangunan Projek Persekutuan Negeri Kelantan termasuk Ketua Bahagian, Jurutera Daerah, Pegawai-pegawai dari Institut Permodalan Insan ZonTimur (IPMI) dan IADA Kemasin Semerak.

Beberapa acara telah diadakan iaitu Ucaptama Perasmian, Penyampaian Anugerah Inovasi, Pembentangan Projek Inovasi/KIK dan Pameran Inovasi sebagai pengisian sempena sambutan program tersebut.  

Ucaptama disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengarah JPS Negeri Kelantan iaitu Kamal Bin Mustapha dan Perasmian oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Penyampaian Anugerah Inovasi disampaikan oleh Timbalan setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada Johan Cetusan Idea Anugerah Sempena Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2016 iaitu En. Haris Bin Khalid,

Manakala Sijil Penyertaan disampaikan kepada Kumpulan Krai Inov dari JPS Kuala Krai yang akan menyertai Pertandingan Cabaran Inovasi JPS Malaysia Tahun 2017, kumpulan-kumpulan yang akan menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat Dan Bahagian Khidmat Pengurusan serta kumpulan yang menyertai Pameran Inivasi iaitu Kumpulan Al-Khairy dari JPS Pasir Mas dan Kumpulan Krai Inov dari JPS Kuala Krai dan juga kumpulan Pembentang Projek Inovasi/KIK iaitu Kumpulan Jeli Tera dari JPS Jeli.

Pameran Inovasi/ KIK  yang disertai oleh 2 kumpulan -  Kumpulan Krai Inov –JPS Kuala Krai (Alat Pengukur Aras Air Analog  P3A) dan Kumpulan Ak-Khairy-JPS Pasir Mas (DC ke AC)

Pembentangan Projek Inovasi/ KIK- Kumpulan Jeli Tera-JPS Jeli  (Kaedah Menstabil Tebing Menggunakan Struktur Bendway Weir) dan  Kumpulan Krai Inov dari JPS Kuala Krai ( Alat Pengukur Aras Air Analog P3A )

 

Ucapatama oleh YBrs. Tuan Pengarah JPS Negeri Kelantan

 

Ucapan Perasmian Hari Inovasi JPS Kelantan Tahun 2017 oleh YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha kerajaan Negeri Kelantan

 

Penyampaian Anugerah Hari Inovasi  Tahun 2017 oleh  YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemenang Juara Cetusan Idea Kreatif JPS Malaysia  Tahun 2016

 

Lawatan ke tapak Pameran Inovasi/KIK

Sesi Pembentangan Projek Inovasi/KIK oleh Kumpulan Jeli Tera dari JPS Jeli

 

Sesi Pembentangan Projek Inovasi/KIK oleh Kumpulan Krai Inov dari JPS Kuala Krai

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 15 April 2024

PENAFIAN

JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Dasar Privasi | Notis Hakcipta | Peta Laman

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan