Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Bahagian Tebatan Banjir Saliran Bandar

 Pendahuluan

Penubuhan Bahagian Pengurusan Banjir dan Saliran Bandar Mesra Alam JPS Negeri Kelantan sebelum ini di bawah Bahagian Kejuruteraan Sungai Pantai iaitu pada bulan Mac tahun 2007. Selaras dengan rombakan semula bidang tugas JPS Ibu Pejabat, tugas utama terbahagi kepada lima bahagian (5) iaitu Saliran Bandar, Tebatan Banjir, Sungai dan Pantai, Hidrologi dan Sumber Air. Bahagian sokongan dibentuk

Fungsi Jabatan

i) Membuat perancangan dan pelaksanaan program Saliran Bandar

ii) Membuat perancangan penggunaan MSMA dan ulasan teknikal kepada pemohonan pemajuan tanah

iii) Memantau pelaksanan projek bagi fizikal/kewangan

iv) Membuat laporan kemajuan fisikal dan kewangan kepada pihak Negeri/Persekutuan

v) Membuat tema rujukan pelantikan perunding

Latarbelakang Sistem Saliran Kaedah Lama

Telah diperkenalkan pada tahun 1975 selepas negara mengalami bencana banjir. Garispanduan ini digunapakai lebih 30 tahun dahulu oleh Jurutera bagi mereka bentuk sistem saliran di kawasan pembangunan serta dirujuk oleh pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri sebagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sebarang pembangunan kawasan bandar. Kaedah garispaduan ini lebih menumpukan kepada pembuangan setempat (rapid disposal) yang mana menjejaskan kawasan-kawasan di hilir pembangunan yang menjadi mangsa banjir kilat akibat dari pertambahan dan peningkatan kadar alir puncak (Peak disharge) dalam masa singkat. Kejadian seperti ini sentiasa meningkat dari segi kekerapan dan bilangan kawasan yang terlibat dari tahun ke setahun. Selain dari pertambahan air larian permukaan, masalah sungai serta saluran yang perlu diperbesarkan dan dikonkritkan bagi menampung kadar alir yang bertambah memburukkan lagi kesan terhadap alam sekitar dan kualiti hidup penduduk di kawasan bandar. Oleh yang demikian garispanduan lama saliran bandar dengan kaedah pembuangan cepat tidak lagi sesuai digunapakai.

Kaedah Mesra Alam

Keadah Mesra Alam juga mengambilkira masalah air larian hujan diselesaikan di kawasan yang dibangun dan di kenali sebagai kawalan pada punca yang merangkumi penggunaan teknik pengstoran (detention/retention) menggunakan tangki pembersihan (purification). Menerusi pendekatan ini air larian hujan dari kawasan pembangunan akan dapat dikekalkan dari segi kuantiti dan kualitinya sebagaimana sebelum pembangunan dilaksanakan. Kawalan Kuantiti Air Larian (Runoff Quantity Control) didalam pengurusan Saliran Mesra Alam dimana sistem major dan minor hendaklah dirancang mengikut bentuk saliran sedia ada. Air larian dari kawasan pembangunan di dalam sesuatu kawasan tadahan dikekalkan kepada sistem saliran semuajadi sediaada di mana ianya hendaklah sama dengan kapasiti sistem saliran dihilir. Air larian selepas pembangunan hendaklah sama atau kurang sebelum pembangunan (Qpost development ≤ Qpre development) Kawalan Kualiti Air Larian(Runoff Quality Control) perlu mematuhi semasa pembinaan (During Construction) kawalan hakisan dan kelodak hendaklah disediakan untuk semua kawasan pembangunan bagi mengelakkan sebanyak mungkin pengangkutan kelodak dari kawasan pembangunan ke kawasan bersebelahan. Manakala selepas Pembinaan (Post Construction) semua aliran keluar air kawasan pembangunan tidak dibenarkan disalur keluar daripada kawasan pembangunan tanpa dirawat terlebih dahulu. Pemaju perlu meletakkan kemudahan amalan terbaik (BMP’s) seperti perangkap sampah atau cara yang lain yang lebih sesuai bagi mengurangkan pencemaran air.

Konsep Msma

MANUAL Mesra Alam ini telah mengubah kaedah pembuangan cepat kepada kaedah yang lebih mesra alam sekitar yang perlu diperkenalkan dan digunapakal. Manual ini memberi garis panduan khususnya kepada jurutera mengunakan kreativiti mereka merancang dan merekabentuk sistem saliran yang lebih berkesan . Garispanduan ini juga menumpukan kepada usaha kawalan, bertujuan memastikan keupayaan penyerapan air hujan di sesuatu kawasan selepas dibangunkan kekal seperti sebelum ia dibangunkan.

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 18 March 2024

PENAFIAN

JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Dasar Privasi | Notis Hakcipta | Peta Laman

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan