Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Pertandingan Anugerah Inovasi kategori ICT Peringkat Sektor Awam Negeri 2017

Bahagian Pengurusan Maklumat  (BPM)  dari JPS Negeri Kelantan telah menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi kategori ICT Peringkat Sektor Awam Negeri Kelantan pada 27 September yang telah berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Kumpulan BPM dari  JPS Negeri Kelantan telah membentangkan projek Inovasi ICT bertajuk “KelGov JPS” iaitu aplikasi mudah alih untuk warga JPS Kelantan dan semua pengguna menyemak data-data Hidrologi mengenai aras air, hujan,banjir Sungai Pantai, projek JPS dan banyak lagi dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa sahaja.

Alpikasi “KelGov JPS” mudah diakses kerana ianya ringkas dan padat dengan info yang berkaitan JPS Negeri Kelantan serta mesra pengguna. Aplikasi tersebut boleh dimuatnaik dari APPS STORE atau  PLAY STORE bagi pengguna telefon pintar.

Aplikasi ini diinovasikan untuk menyampaikan maklumat jabatan terutama data Hidrologi, kerana bahagian hidrologi adalah bahagian pengumpul data-data penting untuk rujukan semua pihak  dan golongan sasar seperti agensi kerajaan, swata, pelajar dan orang awam.

Pertandingan ini disertai oleh berbagai jabatan di negeri Kelantan. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Anugerah Sempena Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2017 pada bulan Oktober 2017.

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 26 September 2024

PENAFIAN

JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Dasar Privasi | Notis Hakcipta | Peta Laman

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan