LATIHAN PEMASANGAN PENGHADANG BANJIR (FLOOD BARRIER)
OLEH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN
OLEH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN


640708077 1203883625253025 1896535608611969141 N

JPS Kelantan telah menganjurkan Latihan Pemasangan Penghadang Banjir (Flood Barrier). Program ini bertujuan memberi pendedahan teknikal, latihan praktikal serta pengukuhan kefahaman operasi kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terhadap kaedah pemasangan, pengendalian sistem penghadang banjir.
Latihan ini merupakan langkah strategik bagi memastikan “flood barrier” dapat digunakan secara berkesan, pantas dan selamat dalam situasi kecemasan banjir, seterusnya membantu mengurangkan risiko serta impak banjir di kawasan berisiko tinggi.
Seramai 50 orang kakitangan JPS terlibat dalam latihan ini, melibatkan penyertaan daripada semua bahagian dan jajahan di bawah JPS Kelantan. Penglibatan menyeluruh ini merangkumi pelbagai peringkat operasi dan pengurusan bagi memastikan latihan ini bersifat bersepadu, sistematik dan berimpak tinggi terhadap kesiapsiagaan pengurusan banjir negeri.
Melalui latihan ini, sistem “flood barrier” ini disokong dengan keupayaan sumber manusia yang terlatih dan bersedia menghadapi situasi banjir sebenar. Program ini diharap dapat memberi impak positif terhadap pengurusan risiko banjir serta keselamatan komuniti setempat secara berterusan.
