jpskelantan
PERSIDANGAN PENGURUS KANAN & JURUTERA DAERAH JPS MALAYSIA 2025


Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan mengalu-alukan kehadiran semua Pengurus Kanan, Jurutera Daerah dan Pegawai Kader JPS dari seluruh Malaysia yang berkumpul di Kota Bharu bagi menjayakan Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah JPS Malaysia Tahun 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disaksikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Negeri Kelantan, bersama kepimpinan tertinggi JPS Malaysia.
Persidangan ini menghimpunkan lebih 400 pegawai Pengurusan & Profesional Gred J12 ke atas bagi mencetuskan idea baharu, berkongsi pengetahuan, dan memperkukuh kerjasama demi memperkasa fungsi serta tanggungjawab JPS di seluruh negara.
Sebagai tuan rumah, JPS Negeri Kelantan komited memastikan setiap detik persidangan ini bermanfaat dan meninggalkan kenangan indah di negeri comel lotey ini.
