Skip to main content

PLSB SUNGAI GOLOK – KOMITMEN JPS UNTUK KELANTAN

               

Kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia ke booth JPS Negeri Kelantan sempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan 2025 menjadi tumpuan utama, khususnya bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai kemajuan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok.
Dalam sesi penerangan ringkas, Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS Malaysia, Ir. Marenawalik Abdul Malik, berkongsi maklumat teknikal dan rasional pelaksanaan projek, manakala Pengarah JPS Negeri Kelantan, Ir. Ts. Gs. Dr. Hajah Siti Fairus binti Hj. Zakaria, menjelaskan status terkini kerja-kerja di tapak, langkah-langkah mitigasi yang diambil, serta penyelarasan bersama agensi berkaitan.
 
📢 Fakta Projek PLSB Sg Golok:
• Mengurangkan risiko banjir di kawasan sempadan Malaysia–Thailand, khususnya di Pasir Mas & Tumpat
• Melibatkan pembinaan ban, tembok banjir, struktur kawalan pintu air, dan kerja pendalaman sungai
• Menyokong strategi jangka panjang pengurusan banjir di Kelantan
 
Pengunjung yang hadir memanfaatkan peluang ini untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan terus daripada pihak JPS. Komitmen kami jelas – memastikan projek ini dilaksanakan tepat masa, berkesan, dan memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat.