MAJLIS PERSADA INOVASI SEKTOR AWAM NEGERI KELANTAN TAHUN 2024
Majlis Persada Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2024 merupakan majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang dalam pertandingan inovasi perbagai kategori. Ia telah berlangsung pada 03 Februari 2025 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan. Terdapat 4 kategori inovasi yang dipertandingkan iaitu kategori inovasi ICT, Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan HBKIK. JPS Kelantan dari JPS Jajahan Kuala Krai (Kumpulan Krai Inov) telah menyertai pertandingan dalam kategori HBKIK dan mendapat anugerah 4 bintang. Hadiah yang dimenangi berupa piala dan wang. Produk projek yang dipertandingkan ialah Irrigation Drainage Collector. Majlis ini diserikan dengan ceramah inovasi dan pameran inovasi 10 produk terbaik. Sebanyak lebih 30 kumpulan dari pelbagai jabatan dan agensi dalam negeri Kelantan yang menyertai pertandingan ini. Majlis Anugerah Persada Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan merupakan majlis tahunan bagi meraikan para peserta dan pemenang yang menyertai program inovasi.