Skip to main content

TAKLIMAT PELAN TINDAKAN INOVASI (PTI) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2025

Taklimat Pelan Tindakan Inovasi (PTI) JPS Malaysia 2025-2026 telah diadakan pada 8 Februari 2025 bertempat di Bilik Latihan 2, JPS Malaysia.   Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Inovasi dan Pengkomersialan dari Bahagian Audit Prestasi, JPS Malaysia, En. Mohd Zulalif bin Muhammad selaku Pegawai Penyelaras PTI Ibu Pejabat JPS Malaysia

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh semua pegawai penyelaras Inovasi dan penolong pegawai inovasi di Bahagian-Bahagian, Ibu Pejabat JPS Malaysia dan JPS- JPS Negeri. Wakil dari JPS Negeri Kelantan, En Mohd Syarifuddin Erikson Bin Abdullah telah menghadiri ke taklimat ini.

Dalam taklimat ini, urusetia membentangkan pelaksanaan Sistem Inovasi PTI di infoportal JPS Malaysia. Melalui sistem ini, maklumat berkaitan inisiatif dalam PTI dapat dikemukan, membuat semakan dan memantau Inisiatif PTI JPS. Sistem ini dapat diakses oleh semua warga JPS dengan mudah.

Sesi taklimat ini memberi penerangan kepada Penyelaras Inovasi dan warga JPS berkaitan Inisiatif-Inisiatif di dalam PTI JPS 2025-2026. Taklimat dan juga memberi ruang untuk sesi soal jawab di antara Urusetia PTI Ibu Pejabat JPS Malaysia dan Penyelaras Inovasi yang dilantik. Penggunaan sistem ini telah di naiktaraf denganlebih efisyen.