Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Polisi E-Penyertaan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Laman Web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan menyediakan dasar yang jelas untuk pengguna awam bagi menerangkan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan setiap pengguna di laman web ini.

JPS Negeri Kelantan mengalu-alukan anda ke laman web kami. Kami menghargai penyertaan anda melalui penyediaan kami di laman web. JPS bergantung kepada penyertaan anda yang berharga dan sumbangan untuk membangunkan program dan komunikasi.

Dalam usaha untuk menyediakan maklumat terkini dan peluang untuk penyertaan anda dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami, Laman Web JPS menyediakan medium dalam meningkatkan komunikasi, iaitu pandangan umum dan undian pendapat. Di samping itu, kami juga menyediakan media sosial seperti twitter.

Oleh itu, JPS mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi yang berikut:

1.     Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

2.     Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

3.     Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

4.     Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

5.     Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

6.     Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

7.     DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

8.     Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

9.     Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

10.  Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

11.  Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

12.  Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

 

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 17 October 2019

PENAFIAN
JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800 Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan