Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Soalan Lazim

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Adakah JPS bertanggungjawab kepada masalah air ?

JPS Negeri Kelantan sebenarnya tidak bertanggungjawab keatas bekalan air untuk kegunaan domestik atau industri kerana JPS hanya menangani masalah pengairan untuk pertanian sahaja. Sila hubungi Air Kelantan SDN BHD di talian +60 9-743 7777 jika anda menghadapi masalah bekalan air.

Siapa yang patut dihubungi berkenaan masalah perparitan dan banjir kilat ?

Kedua-dua pihak samada JPS dan pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab keatas sistem perparitan. Orang awam mungkin agak keliru sedikit. Secara umum pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab keatas penbinaan dan penyelenggaraan sistem perparitan tempatan merangkumi longkang tepi jalan dan parit utama yang kecil serta parit monsun. JPS pula bertanggungjawab keatas parit yang lebih besar atau sungai yang mengalir sekitarnya atau diluar kawasan penguasa tempatan. Banjir yang berlaku kerana parit atau pembentung yang tersumbat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Banjir oleh kerana limpahan air dari parit besar atau sungai yang kurang berupaya untuk menampung aliran air adalah menjadi tanggungjawab JPS. Sila hubungi Pejabat Perhubungan Awam JPS Negeri Kelantan untuk maklumat lanjut.

Maklumat lebathujan dan kadaralir sungai.

Maklumat tersebut telah dibukukan setiap tahun oleh Bahagian Hidrologi Cawangan JPS Jalan Ampang (Tel: 03-4562657). Pada masa sekarang Bahagian Hidrologi sedang membina satu sistem pengkalan data yang dipanggil ' Hydrologic Information System (HIS) ' yang dapat membekal maklumat secara talian terus. JPS juga mengutip maklumat kualiti air terutama pepejal terampai.

Penggunaan Rizab Sungai.

Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan penggunaan tanah rizab sungai kerana keperluannya dalam menangani masalah pembaikian segera dan penyelenggaraan sungai. Bagaimanapun, jabatan mengambil kira permohonan tertentu dan mengambil tindakan bergantung kepada kes demi kes.

Permintaan jambatan pejalan kaki.

JPS kerapkali menerima permohonan untuk membina jambatan pejalan kaki bagi kegunaan penduduk setempat. Sila buat permohonan kepada PENGARAH JPS NEGERI KELANTAN.

Maklumat aktiviti JPS Negeri Kelantan.

Penuntut dan pelajar sekolah atau institut pengajian tinggi adalah antara mereka yang sering memerlukan maklumat umum mengenai pengairan, penanaman padi, perparitan, kerja persisiran pantai, data hidrologi dan lain-lain bagi menyiapkan projek pengajian masing-masing.

Untuk itu mereka boleh menghubungi Bahagian Korporat, JPS Negeri Kelantan, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu.

Pencemaran Sungai - Bagaimana untuk mengambil tindakan.

Jabatan amat menghargai maklumat mengenai punca dan sebab-sebab berlakunya pencemaran sungai. Untuk makluman, JPS Negeri Kelantan akan bersama pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar, Polis dan Jabatan Perikanan bagi menangani masalah pencemaran sungai.

Longkang tersumbat.

Rujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab menyelenggara longkang tersebut.

Banjir kilat di atas jalan dan lebuhraya.

Biasanya air yang banyak tidak dapat ditampung oleh longkang sepanjang jalan menyebabkan air melimpahi perparitan sisi jalan.Rujuk kepada pihak penguasa tempatan untuk tindakan.

Banjir yang disebabkan oleh limpahan tebing sungai.

Rujuk kepada Pejabat Jajahan JPS K elantan ditempat anda untuk tindakan.

Pencerobohan rezab sungai.

Jika anda melihat sesiapa mula menceroboh rezab sungai(yang mana ini menyebabkan kekotoran dan pencemaran sungai), anda bolehlah menghubungi JPS Kelantan segera.JPS akan mendapatkan kuasa untuk menghalang mereka daripada menduduki atau mencerobohi rezab sungai ini segera.

Tags:
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 17 October 2019

PENAFIAN
JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800 Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan