Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Bahagian Hidrologi Sumber Air

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

HIDROLOGI

Program pembangunan operasi hidrologi negeri telah ditingkatkan demi untuk mewujudkan pembangunan sumber air yang mampan bagi menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara. Fungsi hidrologi negeri lebih kepada kerja pemungutan data-data dan pemantauan air hujan dan aras air sungai.

Program Pembangunan

Memandangkan data-data hidrologi sangatlah penting dalam perancangan, pembangunan sumber air dan alam sekitar. Ia juga sangat diperlukan dalam kajian saintifik proses hidrologi maka kebelakangan ini kajian sentiasa dilakukan oleh pihak hidrologi negeri dan ibupejabat bagi meningkatkan lagi sistem pemungutan dan pemantauan data hidrologi. Sehingga sekarang sistem yang begitu sofistikated telah digunakan daripada sistem telemetri sehinggalah sistem Setelite (dalam kajian), selaras dengan perkembangan teknologi maklumat sekarang dan visi Jabatan iaitu menjadi sebuah Organisasi bertaraf dunia menjelang tahun 2010. Data-data hujan, aras air, luahan sungai, endapan ampai, sejatan dan kualiti air telah dipungut di stesen-stesen sebagaimana berikut.

 Stn Hujan

Rainfall station

 Stn Aras air dan luah sungai

River stage and discarge station

Stn Enapan Ampai

Saspended sadiment station

Stn Kualiti Air

Water quality stn

Stn Sejatan

Evaporation stn

Auto        Manual

42            24

Auto                       Manual

13                              1

 

9

 

9

2

Stesen - Stesen

Dalam tahun 2001 data-data telah di pungut di 113 buah stesen hidrologi, 9 daripadanya adalah stesen hujan pendalaman yang menggunakan perkhidmatan helikopter,  ini melibatkan 3,000  data/setahun.

Bagi memantapkan lagi sistem pemungutan data-data, sistem kualiti MS ISO 9002 dan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001 telah dilaksanakan oleh pihak hidrologi ibupejabat dan negeri dan ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak SIRIM dan MAMPU.

 

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 17 October 2019

PENAFIAN
JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800 Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan