Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 Pendahuluan

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal (dulunya dikenali sebagai Woksyop) JPS Kelantan telah diwujudkan pada awal tahun 50-an, bertempat di Jalan Telipot, Kota Bharu. Kemudiannya, pada bulan Oktober 1984, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal telah berpindah ke premis yang baru seluas sembilan (9) ekar di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu.

 Penyataan Misi

Untuk menyediakan perkhidmatan di dalam bidang mekanikal dengan cekap, profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pembangunan negara di Sektor Pertanian.

 Organisasi

Bahagian ini mempunyai tenaga kerja seramai 115 orang dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Mekanikal ). Bahagian ini memberi tumpuan khusus kepada Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik. Ianya terbahagi kepada tiga unit utama seperti berikut :-

 a) Operasi & Penyelenggaraan

  1. Aktiviti Pusat
  2. Workshop

 b) Perancangan & Pembangunan

  1. Pengurusan sumber tenaga dan pembangunan teknologi
  2. Operasi & penyelenggaraan Jajahan
  3. Kapal Korek

 c)) Pentadbiran, Kewangan dan Setor

  1. Pentadbiran & Kewangan
  2. Setor Negeri

Setiap unit mempunyai peranan serta tugas masing-masing. Dalam operasinya, unit-unit ini saling bertindak untuk memastikan kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dapat dilaksanakan mengikut kehendak dan tuntutan pelanggan.

Unit Operasi & Penyelenggaraan adalah unit yang terbesar dan terpenting di dalam organisasi ini. Unit ini secara terus memberi semua perkhidmatan yang ada kaitan dengan kejuruteraan  mekanikal dan elektrik. Ini termasuk memodenisasi dan menaiktaraf sistem senggaraan peralatan mekanikal dan elektrik sedia ada serta melaksana program penyelenggaraan dan pembaikan yang telah diakui sempurna untuk dikendalikan oleh kumpulan sokongan.

Unit Perancangan & Pembangunan terlibat dalam merancang, mengurus serta memantau dengan sistematik dan berkesan projek-projek berkaitan kerja mekanikal dan elektrik. Ianya merangkumi pengembangkan teknologi baru ke dalam sistem operasi, jentera dan pemasangan peralatan mekanikal dan elektrik. Unit ini merancang dan melaksanakan program-program pengembangan gunatenaga manusia dalam meningkatkan ‘output’ jentera dan sistem operasi jentera-jentera jabatan, dan juga memberi bantuan khidmat teknik kepada jajahan-jajahan dan lain-lain agensi.

Unit Pentadbiran/ Kewangan & Setor mengurus segala kerja-kerja perkeranian, pentadbiran, kewangan dan kosting. Ianya juga bertanggungjawab bagi mengurus dan membeli alat-alat kelengkapan secara terus  ataupun melalui sebutharga dan kontrak bagi jabatan.

 Perkhidmatan

JPS Kelantan mempunyai 32 stesen pam yang besar untuk tujuan pengairan dan 198 pam bergerak berbagai saiz untuk pengairan dan saliran. Selain daripada itu, alat-alat mekanikal dan elektrik yang dikendalikan adalah 79 pintu air, 18 loji kerjatanah, 60 buah kenderaan dan 1 buah kapal korek. Semua ini memerlukan perhatian dan khidmat Bahagian Perkhidmatan Mekanikal ( selepas ini disebut BPM). BPM menyediakan perkhidmatan mekanikal dan elektrik kepada JPS Kelantan di dalam bidang pengairan, saliran pertanian, hidrologi, kejuruteraan sungai dan pantai. Perlu disebutkan di sini bahawa aktiviti dan operasi perkhidmatan mekanikal menjangkau jauh ke peringkat jajahan-jajahan dan semua komponen JPS Kelantan. Kerja-kerja perkhidmatan  mekanikal juga dijalankan oleh kakitangan JPS jajahan sendiri yang mempunyai mini woksop , tetapi ianya membabitkan pembaikian kecil, servis dan menyediakan laporan bulanan bagi logi-logi yang ditempatkan di kawasan-kawasan berkenaan. BPM mempunyai hubungan dua hala dengan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal JPS Malaysia, Ipoh terutamanya dengan cawangan perancang, pembangunan, elektrik dan project.

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 17 October 2019

PENAFIAN
JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800 Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan