Soalan Lazim seperator Hubungi Kami seperator Aduan dan Maklum Balas seperator Peta Laman

 

Perutusan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGARAH

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum, Selamat Datang

Halaman web JPS Kelantan ini dilancarkan dengan tujuan menyediakan maklumat asas tentang peranan dan tanggungjawab jabatan serta aktiviti-aktiviti terkini. Ianya juga memberi khidmat sebagai saluran kepada pelanggan-pelanggan kami dan orang awam untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan kami bagi mempertingkatkan dan memberi perkhidmatan yang terbaik. JPS Negeri Kelantan yang beribu pejabat di Kota Bharu dan mempunyai sebelas (11) pejabat jajahan yang bertanggungjawab memajukan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah:-

  1. Mengadakan dan menyelenggara kemudahan sistem pengairan dan saliran untuk tanaman padi serta tanaman kontan.
  2. Mengadakan kemudahan saliran bandar dan melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengurangkan kesan banjir.
  3. Melaksanakan program kawalan hakisan pantai dan memberi khidmat nasihat teknikal kearah perlaksanaan perancangan dan pengurusan projek bersepadu didalam zon pantai bagi mengurangkan hakisan pantai.
  4. Operasi dan penyenggaraan semua stesen hidrologi untuk pengutipan data hidrologi jangka panjang dan untuk ramalan dan amaran banjir bagi mengurangkan kerosakan akibat banjir.
  5. Melaksanakan kerja-kerja pengekalan dan pemeliharaan sungai bagi mengurangkan hakisan dan bencana banjir.
  6. Memberi nasihat teknikal kepada agensi terlibat dalam pemprosesan permohonan pembangunan tanah.

Jabatan ini bartanggungjawab dalam menjayakan setiap projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan oleh kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan cepat. Kami sentiasa mencari pembaharuan dan meningkatkan perkhidmatan kami bagi memastikan setiap pelanggan berpuashati. Untuk mencapai tujuan itu kami mengalu-alukan cadangan dan maklumbalas daripada semua untuk kebaikan.

 

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskini pada: 20 November 2019

PENAFIAN
JPS Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800 Hakcipta © Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Kelantan